Wednesday, December 2, 2009

Pendaftaran Pelajar Baru TASKI ABIM Bangi Tahun 2010


Assalamualaikum wrh.wbt.
Dimaklumkan bahawa TASKI ABIM Bangi sedang membuka pendaftaran pelajar baru bagi Tahun 2010. Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke TASKI, hubungi kami :-

TASKI ABIM Zainab
No 2, Jalan 2/B, Seksyen 2, 43650, Bandar Baru Bangi
No Tel : 03-89 258291 / 013-3099365

Tuesday, November 17, 2009

Majlis Penyampaian Sijil TASKI ABIM Bangi Ke-30

Pada 8 November 2009 yang lalu jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Bactris, Malaysian Palm Oil Board, Bangi telah diadakan majlis penyampaian sijil TASKI ABIM Bangi ke-30. Ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dr. Haslinda Binti Abdullah, Ketua Biro Pendidikan ABIM. Lebih 300 orang ibu-bapa hadir di majlis tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena majlis tersebut termasuk persembahan kanak-kanak dari TASKI Zainab, TASKI Aishah, selawat serta doa perpisahan. Pendidikan merupakan fokus utama ABIM Bangi di dalam melahirkan generasi ulul albab dan berupaya menyumbang secara berkesan di dalam pembangunan negara. Semoga kanak-kanak ini akan meneruskan penghayatan Islam yang telah diterima semasa di TASKI dan menjadi insan soleh pada masa kini dan akan datang.

Friday, October 30, 2009

Selamat Datang ke Dunia Maya TASKI ABIM Bangi

Assalamulaikum wrh.wbt.
Selamat Datang ke Alam Maya Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) ABIM Bangi. Kami percaya dan yakin, pendidikan asas kepada pembinaan karektor dan jiwa generasi yang berilmu, berdaya saing dan berketrampilan. Islam sebagai unsur utama dalam perkhidmatan pendidikan yang kami tawarkan akan melahirkan generasi yang diharap-harapkan oleh negara dan dunia. Harapan kami, semoga kita dapat berinteraksi dengan lebih intim di dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan pra-sekolah yang kami tawarkan di dalam komuniti. Ini kerana pembinaan personaliti yang cemerlang memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak. Apatah lagi cabaran persekitaran yang semakin mencabar. Marilah kita sama-sama berdoa agar agar melalui pendidikan pra-sekolah ini dapat menjayakan agenda khayra ummah.