Monday, May 17, 2010

Sukan TASKI ABIM Bangi ke 31 Berjalan Lancar


Pada 9 Mei 2010 jam 8.00 pagi bertempat di padang Stadium PKNS, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi telah diadakan Sukan Tahunan TASKI ABIM Bangi ke 31. Ia telah dirasmikan oleh Sdr Ahmad Saparudin Yusof, Naib Presiden ABIM merangkap Yang Di Pertua (YDP) ABIM Bangi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat dan potensi diri di kalangan anak-anak TASKI. Pada masa yang sama, ia menjadi ruang untuk ABIM Bangi mengenali para ibu-bapa dengan lebih baik. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dengan kerjasama para guru-guru TASKI sekalian.