Tuesday, November 17, 2009

Majlis Penyampaian Sijil TASKI ABIM Bangi Ke-30

Pada 8 November 2009 yang lalu jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Bactris, Malaysian Palm Oil Board, Bangi telah diadakan majlis penyampaian sijil TASKI ABIM Bangi ke-30. Ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dr. Haslinda Binti Abdullah, Ketua Biro Pendidikan ABIM. Lebih 300 orang ibu-bapa hadir di majlis tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena majlis tersebut termasuk persembahan kanak-kanak dari TASKI Zainab, TASKI Aishah, selawat serta doa perpisahan. Pendidikan merupakan fokus utama ABIM Bangi di dalam melahirkan generasi ulul albab dan berupaya menyumbang secara berkesan di dalam pembangunan negara. Semoga kanak-kanak ini akan meneruskan penghayatan Islam yang telah diterima semasa di TASKI dan menjadi insan soleh pada masa kini dan akan datang.