Sunday, March 6, 2011

Aktiviti guru2 TASKI ABIM BANGI

Kursus motivasi guru2 TASKI ABIM BANGI yang diadakan pada 15 Feb 2011, bertempat di Taski Zainab. Kursus bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahhari. Kursus ini boleh dikatakan sesi mentor bersama mentee..Mentor terdiri daripada AJK ABIM sendiri iaitu Kak Yati, Kak Riha dan Encik Bahtiar. Objektif kursus tersebut adalah untuk melahirkan guru2 yang bersemangat waja untuk mendidik anak2 bangsa, seterusnya dapat mengeratkan siratulrahim di antara satu sama lain.


Kursus "coaching" yang diadakan di ABIM MERU KLANG pada 25 Jan 2011. Kursus tersebut disampaikan oleh Pak Nik anak kelahiran Kelantan..Objektif utama kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan & pengetahuan kepada guru2 cara untuk berinteraksi & berkomunikasi dengan rakan sekerja, ibu bapa mahupun anak2 murid sendiri. Bahasa @ perkataan yang diluahkan oleh seseorang guru itu memainkan peranan yang penting demi mendidik anak2 zaman sekarang. Insyaalah dengan adanya kursus & pendedahan sedemikian dapat memantapkan lagi TASKI ABIM BANGI ini.

sambutan maulidurrasul 1432H

Acara seterusnya adalah persembahan di antara kelas.Kelas yang pertama yang membuat persembahan iaitu kelas THE BEST dengan menyembahkan persembahan nyanyian pukul 6 pagi & alunan selawat. Kelas ini dibawa bimbingan Cikgu Nurul
Alunan selawat daripada adik Puteri Dhia Batrisya dari kelas 6 champion

Alunan selawat daripada adik Dani Zafri dari kelas 6 Champion





Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Muhammad Razen. Seterusnya diserikan lagi dengan alunan selawat oleh adik2 Taski dan guru2 Taski. Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Cikgu Zuraidah selaku mama di TASKI ABIM BANGI ini ucapan yang menyentuh dari aspek cara mencontohi akhlak Rasullah. Acara yang dinanti-nantikan oleh pelajar taski. Acara pertama ialah selawat secara individu dimulakan oleh adik Danish Durrani 6 Champion.



Alhamdulillah Sambutan Maulidurrasul 1432H selamat dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis 17 Feb 2011. Terima kasih di atas kerjasama dan keperihatinan ibu bapa di atas sumbangan pelbagai juadah untuk santapan anak2 semasa berlangsungnya sambutan tersebut. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Adik2 TASKI ZAINAB & AISYAH berkumpul di tempat perhimpunan dan sabar menunggu acara yang akan dimulakan sebentar lagi. Berikut adalah sebahagian gambar semasa sambutan maulidurrasul..





Tuesday, March 1, 2011

Aktiviti 2010 membuat akuarium n latihan vokal




Pelajar berpeluang menghasilkan aquarium ikan. Aktiviti seterusnya, latihan vokal bagi mencari bakat2 terpendam untuk diketengahkan pada Majlis Konvokesyen nanti.

Monday, February 28, 2011

MEMORI KONVO 2010 MPOB


















Majlis konvokesyen TASKI ABIM BANGI yang berlangsung di Dewan Batrics, MPOB. Di sebalik tabir sesi latihan adik2 sebelum berlangsungnya majlis konvokesyen. Tahun ini kita buat lain pula persembahan...



persiapan sesi 2011
















Persiapan cikgu2 untuk menyambut adik2 baru sesi 2011. Semoga TASKI ABIM BANGI sentiasa ceria, bersih..TASKI ZAINAB boleh!!!..selamat datang n Selamat belajar adik-adikku sayang...





Monday, May 17, 2010

Sukan TASKI ABIM Bangi ke 31 Berjalan Lancar


Pada 9 Mei 2010 jam 8.00 pagi bertempat di padang Stadium PKNS, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi telah diadakan Sukan Tahunan TASKI ABIM Bangi ke 31. Ia telah dirasmikan oleh Sdr Ahmad Saparudin Yusof, Naib Presiden ABIM merangkap Yang Di Pertua (YDP) ABIM Bangi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat dan potensi diri di kalangan anak-anak TASKI. Pada masa yang sama, ia menjadi ruang untuk ABIM Bangi mengenali para ibu-bapa dengan lebih baik. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dengan kerjasama para guru-guru TASKI sekalian.

Wednesday, December 2, 2009

Pendaftaran Pelajar Baru TASKI ABIM Bangi Tahun 2010


Assalamualaikum wrh.wbt.
Dimaklumkan bahawa TASKI ABIM Bangi sedang membuka pendaftaran pelajar baru bagi Tahun 2010. Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke TASKI, hubungi kami :-

TASKI ABIM Zainab
No 2, Jalan 2/B, Seksyen 2, 43650, Bandar Baru Bangi
No Tel : 03-89 258291 / 013-3099365