Sunday, March 6, 2011

Aktiviti guru2 TASKI ABIM BANGI

Kursus motivasi guru2 TASKI ABIM BANGI yang diadakan pada 15 Feb 2011, bertempat di Taski Zainab. Kursus bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahhari. Kursus ini boleh dikatakan sesi mentor bersama mentee..Mentor terdiri daripada AJK ABIM sendiri iaitu Kak Yati, Kak Riha dan Encik Bahtiar. Objektif kursus tersebut adalah untuk melahirkan guru2 yang bersemangat waja untuk mendidik anak2 bangsa, seterusnya dapat mengeratkan siratulrahim di antara satu sama lain.


Kursus "coaching" yang diadakan di ABIM MERU KLANG pada 25 Jan 2011. Kursus tersebut disampaikan oleh Pak Nik anak kelahiran Kelantan..Objektif utama kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan & pengetahuan kepada guru2 cara untuk berinteraksi & berkomunikasi dengan rakan sekerja, ibu bapa mahupun anak2 murid sendiri. Bahasa @ perkataan yang diluahkan oleh seseorang guru itu memainkan peranan yang penting demi mendidik anak2 zaman sekarang. Insyaalah dengan adanya kursus & pendedahan sedemikian dapat memantapkan lagi TASKI ABIM BANGI ini.

No comments:

Post a Comment