Sunday, March 6, 2011
sambutan maulidurrasul 1432H
Tuesday, March 1, 2011
Monday, February 28, 2011
Monday, May 17, 2010
Sukan TASKI ABIM Bangi ke 31 Berjalan Lancar


Pada 9 Mei 2010 jam 8.00 pagi bertempat di padang Stadium PKNS, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi telah diadakan Sukan Tahunan TASKI ABIM Bangi ke 31. Ia telah dirasmikan oleh Sdr Ahmad Saparudin Yusof, Naib Presiden ABIM merangkap Yang Di Pertua (YDP) ABIM Bangi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat dan potensi diri di kalangan anak-anak TASKI. Pada masa yang sama, ia menjadi ruang untuk ABIM Bangi mengenali para ibu-bapa dengan lebih baik. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dengan kerjasama para guru-guru TASKI sekalian.Wednesday, December 2, 2009
Pendaftaran Pelajar Baru TASKI ABIM Bangi Tahun 2010

Assalamualaikum wrh.wbt.
Dimaklumkan bahawa TASKI ABIM Bangi sedang membuka pendaftaran pelajar baru bagi Tahun 2010. Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke TASKI, hubungi kami :-
TASKI ABIM Zainab
No 2, Jalan 2/B, Seksyen 2, 43650, Bandar Baru Bangi
No Tel : 03-89 258291 / 013-3099365
Emel : taskiabimbangi@gmail.com
Tuesday, November 17, 2009
Majlis Penyampaian Sijil TASKI ABIM Bangi Ke-30
Pada 8 November 2009 yang lalu jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Bactris, Malaysian Palm Oil Board, Bangi telah diadakan majlis penyampaian sijil TASKI ABIM Bangi ke-30. Ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dr. Haslinda Binti Abdullah, Ketua Biro Pendidikan ABIM. Lebih 300 orang ibu-bapa hadir di majlis tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena majlis tersebut termasuk persembahan kanak-kanak dari TASKI Zainab, TASKI Aishah, selawat serta doa perpisahan. Pendidikan merupakan fokus utama ABIM Bangi di dalam melahirkan generasi ulul albab dan berupaya menyumbang secara berkesan di dalam pembangunan negara. Semoga kanak-kanak ini akan meneruskan penghayatan Islam yang telah diterima semasa di TASKI dan menjadi insan soleh pada masa kini dan akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)




